mengapa aku begini?


Hmmm.. lamanya tidak menulis... sebenarnya lamanya aku malas menulis.. bukan sahaja malas menulis, segalanya aku malas... buat kerja sekolah, kerja rumah, segalanya malas.. MALAS.. sungguh keramat perkataan ini.. seolah2 'blending' dlm darah & daging ku.. Allahuakhbar.. aku mesti lawan.. aku mesti kuatkan diri keluar dari selimut malas ni.. SeLimUt?? nipis sgt kalau selimut.. sebenarnya ia dah jadi dinding konkrit berlapis2 mengeliling aku.. Ya ALlah tak ku mampu keluar TOLONG Ya ALLAH...

Tujuan 'blogging'


Aslmkm...

So aku ambil keputusan menjadikan blog ini sebagai diari.. yg boleh dikongsi tetapi masih punya ruang privasi. Ruang untuk aku melunaskan pendapat, isi hati, suka duka aku dengan cara tersendiri tanpa rasa bersalah atau diadili oleh sesiapa. Sebenarnya ianya sebagai satu langkah menjadikan aku bersikap lebih terbuka dan tidak terlalu 'defensive' dengan diri .. sebetulnya dengan kelemahan diri.. Ya apa salahnya orang tahu kelemahan kita, apa salahnya kita tidak hebat di mata orang, apa salahnya orang menilai?

Disamping itu aku perlu ruang untuk berkarya... hmm maksudku mezahirkan pendapat2 tentang segala macam perkara yg selama ini terbendung dan berdebu dalam kotak fikiran dan sudut hati aku... bila inya dilepaskan aku yakin banyak kekuatan diri buleh aku bongkar...

Secara jujurnya blog ini kudedikasikan untuk diri sendiri yg akan kuabadikan kisah hidupku.. & kuabadikan untuk mereka yg tersayang yg berada disekeliling atau jauh di mana-mana.

kelihatan tiada tujuan yg sahih dan bermakna.. tapi kuyakin ada....

Assalamu'alaykum....

Aku cuba cari permulaan terbaik sebagai awal bicara tetapi setelah difikir-fikir ternyata percubaan mencari yg terbaik sangat sukar. Akhirnya tulis jer apa sahaja aslkan blog tidak kosong. Sekosong hati & perasaan ketika ini. Sebenarnya ada sesuatu yg dibendung oleh hati yang apabila diusik pasti membongkar segala-galanya.. Soon!!!!....